Bismillahirrahmanirrahim.Peace be upon Prophet Muhammad.
Kelmarin aku merajinkan diri mendengar talk dari Ummu Naufal. Alhamdulillah aku diberi kesempatan masa untuk bersama-sama mendengar kalam hikmah dari seorang yang berpengalaman. Orangnya sederhana dan mudah mesra. Kami dijamu dengan pelbagai isu baru dari Malaysia beserta siraman nasihat yang mnyuburkan lagi pemahaman sedia ada.
Ummu Naufal menyebut tentang tarbiyah. Tentang bagaimana membentuk ummah dan dimana peranan wanita. Bukanlah satu isu baru yang memberangsangkan jiwa.Tapi ketukan bertalu yang meminta supaya ia tidak dilupa. Namun apa yang menarik minatku adalah saat Ummu Naufal menyebutkan tentang kaedah tarbiyah. Bagaimana tarbiyah itu dijalankan dalam bentuk official dan tidak. Ideologi usrah semata-mata tidak dapat mencapai tarbiyah jiwa. Individu juga memerlukan ketahanan fizikal untuk berhadapan dengan tribulasi dunia dalam mnyampaikan dakwah. Makanya, wajarlah bermacam agenda yang diwujudkan! Kendatipun pasti ia kelihatan berat bagi mereka yang belum sedar dengan realiti tanggungjawabnya sebagai seorang muslim.
Antara nasihatnya yang dapat aku simpulkan buat diri secara ringkas:
1) Kita perlu mnyambung kembali perjuangan sahabat Rasulullah saw dalam menyampaikan Islam. Menerima Islam secara thabat dan jelas. Menyibukkan diri dengan tugasan harian di siang hari sebagai khalifah; mengabdikan diri di malam hari sebagai seorang hamba di sisi Rabnya.
2) Memantapkan diri dengan ilmu falsafah, politik dan sastera yang lain. Ini jelas diperlukan untuk menentang sebarang aliran pemikiran yang ekstrem dan berjidal dengan hujah yang baik dan kukuh.
3) Mengambil contoh daripada sejarah terdahulu, bukan untuk ditangisi atau dibanggakan lalau dikenang-kenang.
4) Rosaknya umat wanita pada hari ini bakal melahirkan generasi yang tidak mampan kualiti. Penting untuk menyedari bahawa tanggungjawab kita yang tahu untuk menjadi agen perubah. Usaha yang sedikit namun istiqamah dan tidak putus asa menjamin kelenturan umat ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.
5) Meneguhkan asas fardhu ain agar mampu menepis faktor luaran [racun ideologi yang pelbagai] dan faktor dalaman [hawa nafsu dan syaitan yang 24/7 berdampingan]
6) Mengupdate KPI [ Key Performance Indicator] atau mutaba3ah 3amal. Sangat crucial sebagai target peribadi. Dari individu yang cemerlang pastinya lahir umat yang cemerlang bukan?
Selain itu, Ummu Naudal ada meminta kami menyebut sifat hamba Tuhan yang ternukil dalam surah Al-Furqaan. Terkial kial juga menyusunnya. Hakikatnya MasyaAllah, indah sungguh penyusunan sang Pencipta terhadap makhlukNya! Beliau meminta kami merefleksi diri berdasarkan indicator yang diberi oleh Allah dalam kalamnyaNya.(Ayat 63 hingga 77). Penuh dengan perincian sikap beserta janji dan amaranNya.
Tiba ke penutup bicara, Ummu Naufal menyimpulkan kata kata dalam bahasa yang cukup indah aku kirakan. Aku ubah dalam bentuk yang ringkas, buat koreksi diri.
"Asas keimanan itu lahir dari hati yang bersih dan jiwa yang suci, manakala semangat itu lahir dari keinginan yang kuat"
Tiba ke penutup bicara, Ummu Naufal menyimpulkan kata kata dalam bahasa yang cukup indah aku kirakan. Aku ubah dalam bentuk yang ringkas, buat koreksi diri.
"Asas keimanan itu lahir dari hati yang bersih dan jiwa yang suci, manakala semangat itu lahir dari keinginan yang kuat"
Dan hari ini, aku aplikasikan nasihat Ummu Naufal dengan mengambil sepotong ayat untuk untuk difikir fikirkan:
"Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta."
(Al-Furqaan:73)
Hambakah aku?